Sunday, May 30, 2010

Persiapan n9 untuk national closed 2010

Bulan lepas PCNS(Baru),telah mengadakan kejohanan n9 closed yang telah diadakan di Plaza Ampangan.Menurut Setiausaha Agung PCNS(Baru) En. Kamar Dani Abu Kasim, kejohanan ini diadakan untuk memilih 2 orang pemain untuk mewakili negri9 di kejohanan national closed yang akan diadakan di DEKTAR UKM Bangi. Keputusan akhir telah melihatkan juara mutlak jatuh kepada Faiezul bin Zainal yg mngumpul mata 4.5,diikuti Mohd Hezri Che Aziz yang mendapat 4 mata. Kedua-dua pemain ini akan mewakili n9 kerana menduduki 2 tempat teratas. Lagi dua kekosongan pemain akan dipilih oleh AJK PCNS(Baru) dalam masa terdekat. Penulis berjaya menduduki tempat ke 4 dengan mengumpul 3.5 mata. Penulis tewas kepada Mohd Hezri Che Aziz pada pusingan ke 4.Walaupun ramai yang melihat jam Mohd Hezri sudah pun tamat dan penulis telah menang 1 kuda, penulis salah jangkaan beranggapan kalah dengan tidak melihat jam lawan sehingga menjangka jam sendiri yang tamat. Walaubagaimanapun atas semangat kesukanan penulis merasakan tidak ada masalah dengan memberikan kemenangan kepada Mohd Hezri. Pada pusingan terakhir penulis seri dengan Faiezul Zainal.

No comments:

Post a Comment