Friday, June 18, 2010

Pengiraan rating Faeizul Zainal setakat pusingan ke lima

Jika Faeizul menang lawan Zhuo Ren,,,fide rating die maintain 2117,tp kalo kalah ,,akan drop lagi...kalo k25=25 point,k15=15point,k10=10point,,sblum ni tewas kepada sahim wising,menang alfred ting dan syazwan zulkifli

Thursday, June 17, 2010

Result n9warriors pada pusingan ketiga

Faiezul Zainal tewas kepada Abd Sahim Wissing,Mohd Hezri Che Aziz tewas kepada Thong Yung Cheng,manakala Kamar Dani berjaya menarik nafas lega apabila menewaskan unrated,Mohd Nur Azam. Keputusan yang paling membanggakan di dalam skuad n9warriors adalah Sivanesan Subramaniam berjaya seri dengan pemenang tempat ketiga national closed 2007, Masrin Erowan.

More n9Warriors

Dua orang 'warrior' dari N9 bertanding atas tiket individu iaitu Jonathan Augustine yang berjaya seri dengan 'badang Sabah' Charles Lucas pada pusingan pertama tetapi tewas kepada seorang lagi  'badang Sabah' Guadis Giridau pada pusingan kedua. Seorang lagi adalah Ismail Abd Rahman yang telah lama menyepi dari arena catur N9, walaupun keputusan satu menang dan satu tewas, Ismail mampu memberi tentangan yang sengit pada pusingan berikutnya kepada pemain UM,Kenneth Choong.

Wednesday, June 16, 2010

Persembahan pemain N9warriors

Persembahan pemain-pemain N9warriors sehingga pusingan kedua. Paling membanggakan Mohd Hezri Che Aziz seri dengan Faiezul Zainal fide rating 2117 dan juga Sivanesan a/l Subramaniam seri dengan World Police Champion Ismail Ahmad 2044.

Monday, June 14, 2010

Agak-agak la....


Cuba lihat rekod dibawah, apa yang ganjil tentang fakta dibawah?

Sunday, June 13, 2010

Calon-calon National Master dan juga ke Olympiad

Dari senarai awal yang saya lihat, saya menjangkakan 5 nama yang akan memberi tentangan sengit untuk kejuaraan kebangsaan tahun ini. Mereka adalah NM Edward Lee (2148),Pok Wern Jian (2107),NM Kamalariffin Wahidduddin(2122),Lim Zhou Ren(2055) dan juga Tan Khai Boon(2129).Antara nama besar lain adalah,Faiezul Zainal(2117),Abdullah Che Hassan(2101),Kamaludin Yusof(2104),Ahmad Fadzil Nayan(1996),Sumant Subramaniam(2066),Mohd Khair Wahidduddin(2088),Loo Swee Leong(2162) dan juga Yeoh Li Tian(2018).Untuk list penuh boleh layari web ini http://nc-2010.blogspot.com/p/participants.html

Senarai pemain negri9 di national closed2010


Senarai ini berdasarkan dari sumber http://nc-2010.blogspot.com/

Saturday, June 5, 2010

11th ASEAN+ AGE GROUP CHAMPIONSHIPS 2010 - STANDARD CHESS - OPEN 20 Keputusan pusingan pertama dan jadual pusingan kedua



Pusingan kedua menyaksikan Muhd Tariq berdepan dengan FM Dominic Lo dari Singapura, pada pusingan pertama Tariq berjaya seri dengan pemain Vietnam, Boa Khoa. Dua lagi peserta Malaysia yang menang keatas lawan masing-masing pada pusingan pertama diharap dapat mengekalkan momentum kemenangan selepas ini.

11th ASEAN+ AGE GROUP CHAMPIONSHIPS 2010 - STANDARD CHESS - OPEN 20 First round schedule.

NM Edward Lee melalui pusingan pertama bertemu pemain tuan rumah Emmanuel Neil J VII Plan, diharap Edward akan berjaya mengatasi pemain Pinoy ini.Didalam jadual terdapat dua orang lagi pemain Malaysia iaitu M.Tariq dan juga Mark Siew, akan bertemu lawan yang sukar.Walaubagaimanapun diharap semua kontijen Malaysia berjaya pada pusingan pertama.

Wednesday, June 2, 2010

PINTAR Chess Celebration at MAS Hangar Complex, KLIA


Negri vs Negri...Walaupun sudah lama berlalu pada 27 March 2010 lepas,salah satu paparan di blogsite Malaysia Airlines dimana penulis muncul di pertandingan Simul yang dianjurkan oleh Projek Pintar. Penulis pernah mengalahkan Adik Subra di Seremban Open 2008,dan ketika pertandingan ini berlangsung, ternyata Adik Subra masih mengingati penulis. Oleh kerana ini pertandingan 'exhibition',penulis hanya bermain draw kerana matlamat utama penulis untuk membawa imej department didalam company dengan inisiatif sendiri.


Tuesday, June 1, 2010

Keputusan selepas pusingan ke 10

Result menunjukkan pesaing untuk NM Edward Lee untuk Asean Championship kategori open age 20 FM Pascua Haridas dan FM Garcia Jan Emmanuel mampu memberi tentangan yang sengit kepada GM dan IM Pinoy.

Final Result Sabah Keamatan Tournament

Keputusan penuh menunjukkan seeded kedua iaitu Guadis Garidou gagal menyerlah pada kejohanan ini. Ehsan dari sabahchess.com

Monday, May 31, 2010

Sabah Kaamatan Open Chess Tournament 2010

Abd Wahab Abu Bakar  0 vs 1 Masrin Erowan

Pertandingan yang dianjurkan oleh Sabah Chess Association selama dua hari bermula semalam ini telah dimenangi oleh Masrin Erowan dengan membawa pulang hadiah wang tunai rm500 dan trophy. Kemenangan ini menebus kekecewaan Masrin di pertandingan Sabah Labour Day Rapid Chess yang diadakan awal bulan May. Masrin Erowan hanya menduduki tempat ke 13 pada kejohanan itu. Dengan kejuaraan ini Masrin Erowan bersama pemenang 4 tempat teratas antaranya Sahim Wissing dan Charles Lucas akan mewakili Sabah pada kejohanan National Closed 2010 nanti. Tahniah Masrin...!!!

National Championship ( Men) Phoenix Petroleum Philippines, 3rd Battle of Grandmasters

Result after 7 round

Sunday, May 30, 2010

Pasukan Malaysia ke kejohanan under Age Asean kali ke 11

Amat sukar untuk pemain-pemain Malaysia untuk melakukan persembahan yang baik pada tahun ini,cuma mengharapkan NM Edward Lee dapat membuktikan sesuatu kepada MCF yang beliau layak mewakili Malaysia ke Olympiad, sesuatu yang amat sukar berdepan dengan jaguh tuan rumah FM Pascua Haridas,jaguh Singapura FM Terry Chuah dan beberapa nama besar Asean Age lagi.

Sebahagian keputusan National Closed 2004 yang disertai pemain-pemain negri9


Persiapan n9 untuk national closed 2010

Bulan lepas PCNS(Baru),telah mengadakan kejohanan n9 closed yang telah diadakan di Plaza Ampangan.Menurut Setiausaha Agung PCNS(Baru) En. Kamar Dani Abu Kasim, kejohanan ini diadakan untuk memilih 2 orang pemain untuk mewakili negri9 di kejohanan national closed yang akan diadakan di DEKTAR UKM Bangi. Keputusan akhir telah melihatkan juara mutlak jatuh kepada Faiezul bin Zainal yg mngumpul mata 4.5,diikuti Mohd Hezri Che Aziz yang mendapat 4 mata. Kedua-dua pemain ini akan mewakili n9 kerana menduduki 2 tempat teratas. Lagi dua kekosongan pemain akan dipilih oleh AJK PCNS(Baru) dalam masa terdekat. Penulis berjaya menduduki tempat ke 4 dengan mengumpul 3.5 mata. Penulis tewas kepada Mohd Hezri Che Aziz pada pusingan ke 4.Walaupun ramai yang melihat jam Mohd Hezri sudah pun tamat dan penulis telah menang 1 kuda, penulis salah jangkaan beranggapan kalah dengan tidak melihat jam lawan sehingga menjangka jam sendiri yang tamat. Walaubagaimanapun atas semangat kesukanan penulis merasakan tidak ada masalah dengan memberikan kemenangan kepada Mohd Hezri. Pada pusingan terakhir penulis seri dengan Faiezul Zainal.

Saturday, May 29, 2010

Penampilan N9Warriors di UM Team Championship

Walaupun mengimport seorang peserta dari UIA @ Perak state,Ahmad Fadzil Nayan(bekas pemain junior kebangsaan),akan tetapi khidmatnya amat ditagih dikala kekurangan pemain-pemain yang boleh menggalas pemain nombor satu negri9 selain Faiezul Zainal.

Senarai pemain Fide dari Negeri Sembilan

Faiezul bin Zainal Fide Rating 2117
Zaidan Zulkipli Fide Rating 1998
Mohd Shahanizzam Salleh Fide Rating 1913
Sivanesan Subramaniam Fide Rating 1796
Nithyalakshmi Subramaniam Fide Rating 1681
Kamar Dani Abu Kasim Fide Rating 1658
Syazrin Abd Rahman Fide Rating 1528