Sunday, June 13, 2010

Calon-calon National Master dan juga ke Olympiad

Dari senarai awal yang saya lihat, saya menjangkakan 5 nama yang akan memberi tentangan sengit untuk kejuaraan kebangsaan tahun ini. Mereka adalah NM Edward Lee (2148),Pok Wern Jian (2107),NM Kamalariffin Wahidduddin(2122),Lim Zhou Ren(2055) dan juga Tan Khai Boon(2129).Antara nama besar lain adalah,Faiezul Zainal(2117),Abdullah Che Hassan(2101),Kamaludin Yusof(2104),Ahmad Fadzil Nayan(1996),Sumant Subramaniam(2066),Mohd Khair Wahidduddin(2088),Loo Swee Leong(2162) dan juga Yeoh Li Tian(2018).Untuk list penuh boleh layari web ini http://nc-2010.blogspot.com/p/participants.html

Senarai pemain negri9 di national closed2010


Senarai ini berdasarkan dari sumber http://nc-2010.blogspot.com/

Saturday, June 5, 2010

11th ASEAN+ AGE GROUP CHAMPIONSHIPS 2010 - STANDARD CHESS - OPEN 20 Keputusan pusingan pertama dan jadual pusingan kedua



Pusingan kedua menyaksikan Muhd Tariq berdepan dengan FM Dominic Lo dari Singapura, pada pusingan pertama Tariq berjaya seri dengan pemain Vietnam, Boa Khoa. Dua lagi peserta Malaysia yang menang keatas lawan masing-masing pada pusingan pertama diharap dapat mengekalkan momentum kemenangan selepas ini.

11th ASEAN+ AGE GROUP CHAMPIONSHIPS 2010 - STANDARD CHESS - OPEN 20 First round schedule.

NM Edward Lee melalui pusingan pertama bertemu pemain tuan rumah Emmanuel Neil J VII Plan, diharap Edward akan berjaya mengatasi pemain Pinoy ini.Didalam jadual terdapat dua orang lagi pemain Malaysia iaitu M.Tariq dan juga Mark Siew, akan bertemu lawan yang sukar.Walaubagaimanapun diharap semua kontijen Malaysia berjaya pada pusingan pertama.

Wednesday, June 2, 2010

PINTAR Chess Celebration at MAS Hangar Complex, KLIA


Negri vs Negri...Walaupun sudah lama berlalu pada 27 March 2010 lepas,salah satu paparan di blogsite Malaysia Airlines dimana penulis muncul di pertandingan Simul yang dianjurkan oleh Projek Pintar. Penulis pernah mengalahkan Adik Subra di Seremban Open 2008,dan ketika pertandingan ini berlangsung, ternyata Adik Subra masih mengingati penulis. Oleh kerana ini pertandingan 'exhibition',penulis hanya bermain draw kerana matlamat utama penulis untuk membawa imej department didalam company dengan inisiatif sendiri.


Tuesday, June 1, 2010

Keputusan selepas pusingan ke 10

Result menunjukkan pesaing untuk NM Edward Lee untuk Asean Championship kategori open age 20 FM Pascua Haridas dan FM Garcia Jan Emmanuel mampu memberi tentangan yang sengit kepada GM dan IM Pinoy.

Final Result Sabah Keamatan Tournament

Keputusan penuh menunjukkan seeded kedua iaitu Guadis Garidou gagal menyerlah pada kejohanan ini. Ehsan dari sabahchess.com